lame dah tak bebel dalam belog ni...kenape aku entri aku bertajuk gatal? GATAL tuh maksud nye adalah sifat yang ade dalam diri manusia yang membuat diri seseorang berasa gantal yang amat sangat!erti kate laeng ulat bulu dah naek daun dan nak bertukar jadi rama-rama...tapi tuh depends atas diri masing masing la! IT DEPENDS WHAT YOU DO WITH IT-cover la sket gantal tuh,tok se la showoff sangat euwww~~~akta dewan bahase dan pustaka swasta nur asiyah-HAHA
*cube g sentuh si ulat bulu ni,gantal tak?kalu tak gantal,korang memang gantal tahap karma dan kalu tak gantal korang bukan manusie HAHA
kenape die gantal sangat erk?kenapa kenapa dan kenapa?ape yang merasuk diri anda wahai si DOT DOT?mengalahkan aku yang gantal sejak azali lagi*aku memang gantal pom,gantal nak kawen,gantal tangan,gantal siku,gantal kaki tapi kau gantal lobih lobih...dolu dolu kau tak gantal dan sekarang kau gantal ape kes?dah buat aku rase meluat luat tahap karma HAHAHA
walaupape pom selamat BERgantal lah kamu wahai si DOT DOT.kalu kau tak dapat ubat gantal itu haruslah sapu minyak afiat banyak banyak kalu tak surut gantal itu maka bergegaslah ketemu hencik doktor..bai bai si gantal DOT DOT aku pom tak pasti sangat motif entri aku malam ni,yang pasti aku tengah gantal tangan nak taip pasal kau si gantal DOT DOT.sekian wasalam =)
P/S:sorry si gantal DOT DOT sebab terkuntup kau dalam belog dan terima kasih kat kau sebab kau jugak membuat aku hupdate belog ni.
*jadilah macam si shantek rama rama,susah nak tangkap dan tak gantal kan kan?
***sebab aku asik menaip gantal gantal,nyamuk pom tanpa beri salam hisap darah aku dan memberikan lovebite dan menyebabkan lengan aku gantal dan menyebabkan aku bertambah saket hati.muahaha
hai hai sumer,asal lak aku kate botox dan plastic surgery dah lapuk?oke dolu dolu sebelum teknologi canggih ni kan,segelintir *aku lebih prefer kebanyakan retis ni sebelum die jadi retis die dah repair,dah hantar workshop dan buat servis dulu sebelum bergelar retis.servis ape?repair ape?mestilah bahagian yang buleh direpair,diservis kan kan?seperti muka,mata kasik besar macam bola,hidung kasik mancung macam si pinocchio,bibir kasik seksi macam aku*angie la HAHAHA tapi tuh sume perlukan fulus fulus dan fulus dan berdosa besar tau kalu kite ubah ciptaan ALLAH s.w.t
dan kadang kadang mesti ade jugak perasaan nak cantik,cung,semak,dan kacak macam retis kan?tipu la kalu tak kan.bagi orang yang bukan retis macam kite,orang yang kurang fulus macam kite sekarang ni dah ade teknologi canggih tau!kalu korang nak cantik,cung,semak dan bla bla bla buleh aje,tanpa melibatkan fulus,doktor,mekanik dan sewaktu dengannya dengan hanya menginstall adobe photoshop di pc anda!anda akan memperoleh hasil seperti:
*cung weh,hot gitu
*laeng bebeno kan?
*wahhh!macam bi rain lak
*superb kan?
*muke minah ni lepas di adobe photoshop macam heroin cter korea 200 hundred pound beauty la
tapi kan,ade jugak kesan buruk adobe photoshop ni,oke cube bayangkan kalu sume orang edit gamba masing masing gune adobe ni pastu taruk dalam pesbuk,twitter,dan belog.agak agak camner jadi erk?HAHA aku takleh bayang la kalu ade yang dah tangkap cintan kan, alah CINTA SIBER tuh,last last terbongkar sume.ADOBE PHOTOSHOP punyer psal.HAHA coba tengok gamba ni lak hasil adobe photoshop jgak
*klu abang korang macam ni,ape reaksi korang?
*dan ini pulak adik bongsu korang?HAHA
*korang sanggup nak salam tak kalu camni?
***buleh aje kalu korang nak edit tapi gune kan dengan cermat,hemah dan jangan la over sangat! berhati hati ketika di jalan raya yep!aku pom belum cube gune adobe photoshop ni,takot la weh! takot orang takleh beza antara aku nur asiyah dengan dato' siti HAHA
P/S:lepas aku usha belog si cik mek moly ni terus tercetus idea search kat google pasal ADOBEPHOTOSHOP ni!
assalamualaikum.selamat malam dan selamat pagi.hav a nice day korang sape penah tengok citer CHEAPER BY THE DOZEN?for sure aku rase sume dah tengok kan,aku pom dah tengok banyak kali.HAHA citer die memang best dan amat sesuai untuk sume genre. agak agak best tak kalu kite ade 12 orang adik beradik?OMG wow,superb weh.mane tak nye aku ade 6 orang adik beradik pom dah kencos,kalu ++++++ lagi 6 orang!dah buleh buat team bola sepak tapi bagi aku lagi ramai lagi best.cube bayangkan time nak makan penuh meja dengan pelbagai ragam dan paling best time raye lagi meriah double meriah!
*sumber dari abang yahoo
tapi,ade jugak orang yang tak suka pada kebisingan,keriuhan,keramaian ni.die hanya suke menyendiri!ALONE dengan dunia die sahaja. memang la bila kite dah mati kite pom kita akan menyendiri tapi bagi aku,aku lebih prefer family yang besar,ramai dan meriah sebab BEST! contoh macam family aku,time cuti tak kire la cuti ape pom janji cuti mesti kakak kakak abang abang aku balik dan rumah kiteorang automatik bukan manual jadi RIUH!tambah tambah time raya,memang meriah la weh,rumah family aku dah jadi macam rumah pengumpulan saudara mara.sebab tuh aku suka HARI RAYA AIDILFITRI dan dapat $$ HAHA*alamak,cakap pasal hari raya pose belum habis ganti lagi HAHA
tapi kadang kadang mesti ade berlaku salah faham antara satu same laeng.bak kate pepatah lidah pun tergigit usahkan adik beradik.normal la tuh gaduh,balos,gocoh,gomo dalam family tapi lepas 2,3 hari oke balik,air dicincang takkan putus la!
pastu buleh buat macam macam aktiviti same same.kalu hari keluarga memang sah sah team korang akan jadi perhatian silap silap jadi juara beb!team orang laeng tak cukup peserta tapi team korang awal awal dah siap dulu.
*syok weh ramai ramai pakai name si ayah kat baju
tapi malang nya family aku hanya ade 6 orang je adik beradik.neverminds,tak dapat 12 orang 6 orang pom dah oke!ni pom dah memadai dan aku hepi sangat dengan family aku even sometimes we had a problem *problem?xde la sje je bagi nampak complicated sket but we love each other la.
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
*kod makanan yang terdapat unsur binatang haram dimakan,ba*i
***semakin berleluasa produk yang tak halal telah di HALALkan dan masyarakat haruslah berwaspada! keruntuhan akhlak di kalangan remaja melayu adalah disebabkan oleh pemakanan...
sekolah?oke aku dah sekolah balik...korang nak cakap ape pom aku tak kisah.sebab ape aku tak kisah,pertama sebab bukan korang yang nak sekolah,aku yang sekolah oke!kedua,sebab bukan korang yang bayar yuran aku,umi aku yang bayarkan tau!ketiga,sebab aku tahu korang pandai.PANDAI?*asal tetiba lak
sebenarnya aku dah BOHSANG duduk umah,makan,tido,tido,makan...TERamat la bosan. aku nih bakal bersekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN.kenal tak?aku pom baru nak kenal.HAHAHA dan aku jugak akan menetap di hostel kat sane!camne la agak agak nye aku di tempat baru nanti erk?sesuai kan?kekok kah?selesa kah?macam macam KAH kah?adus =/
*tengok la,lencana sekolah ni,muahaha
SMK SS ni buleh dikatakan sekolah yang famous amous la TERENGGANU ni.salah satu sekolah premier la kat Terengganu.premier tang mane aku tak tau la,sebab baru nak kenal sekolah ni kekgi..tak kenal maka tak cinta.kan kan?*gedik TAPI korang tahu tak smk ss ni dah menghasilkan jaguh jaguh bola sepak negara tau! meh sini nak cerita,antara nya adalah:
Profil bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman yg mewakili Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru,,
NAMA: Mohd Muslim Ahmad UMUR: 21 tahun LAHIR: 25 April 1989 di Kuala Terengganu, Terengganu TINGGI: 1.83 meter POSISI: Pertahanan KELAB: Harimau Muda A PENCAPAIAN: Ketua pasukan Harimau Muda A, mewakili pasukan bawah 19, 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior. Pernah dua kali beraksi menentang kelab gergasi Inggeris, Manchester United, dalam dua perlawanan persahabatan pada 2009. Pada 30 Mac 2010, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi peluang menjalani ujian pemilihan bersama kelab Slovakia, FC ViOn Zlaté Moravce ketika Harimau Muda A bermain dalam liga negara itu. Membantu negara mencipta sejarah layak ke pusingan kedua Sukan Asia baru-baru ini.
NAMA: Mohd Sharbinee Allawee Ramli UMUR: 24 tahun LAHIR: 12 Disember 1986 di Terengganu TINGGI: 1.82 meter POSISI: Penjaga gol KELAB: Terengganu PENCAPAIAN: Mewakili Terengganu sejak 2007 dan membantu Malaysia menjuarai pingat emas Sukan Sea Laos pada 2009
NAMA: Izzaq Faris Ramlan UMUR: 20 tahun LAHIR: 18 April 1990 di Kemaman, Terengganu TINGGI: 1.86 meter POSISI: Penyerang KELAB: Harimau Muda A PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 16, 21 dan 23 tahun kebangsaan sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Pada 2009, pernah mewakili kelab T-Team FC. Turut berada dalam skuad Sukan Asia
NAMA: Mohd Faizal Muhammad UMUR: 21 tahun LAHIR: 3 Mac 1989 di Terengganu TINGGI: 1.77 meter POSISI: Pertahanan KELAB: Harimau Muda A PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Turut berada dalam skuad Sukan Asia.
tu belum termasuk nama besar lain seperti bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Syamsuri Mustaffa dan bekas penyerang negara, Abdul Manaf Mamat
***motif pom aku tak tahu kenapa dan aku curi dalam belog orang ni!hehehe
well well,bukan nak bangga sangat kan.ape lah nak dibangga kan sangat mende tuh*bangga la jugak dalam hati biar dok kaet pom,hahaha
jom sekarang,kite banggakan smk ss ngn result STPM lak...semangat nak belajar balik,sekolah balik,pakai uniform balik dah MEMBARA-BARA ni!muahahaha nanti dah sekolah balik,nak belajar leklok,study rajin rajin,sume la.insyaallah.jangan hangat hangat tahik ayam sudah!
*lagu ni memang memberikan semangat buat aku!sayang mu BRUNO MARS. lirik die memang TERBAEK der!
life's to short to have regrets so i'm learning now to leave it in the past and try to forget only have one life to live so you better make the best of it