Monday, May 16, 2011

sekolah?

sekolah?oke aku dah sekolah balik...korang nak cakap ape pom aku tak kisah.sebab ape aku tak kisah,pertama sebab bukan korang yang nak sekolah,aku yang sekolah oke!kedua,sebab bukan korang yang bayar yuran aku,umi aku yang bayarkan tau!ketiga,sebab aku tahu korang pandai.PANDAI?*asal tetiba lak

sebenarnya aku dah BOHSANG duduk umah,makan,tido,tido,makan...TERamat la bosan.
aku nih bakal bersekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN.kenal tak?aku pom baru nak kenal.HAHAHA dan aku jugak akan menetap di hostel kat sane!camne la agak agak nye aku di tempat baru nanti erk?sesuai kan?kekok kah?selesa kah?macam macam KAH kah?adus =/


*tengok la,lencana sekolah ni,muahaha


SMK SS ni buleh dikatakan sekolah yang famous amous la TERENGGANU ni.salah satu sekolah premier la kat Terengganu.premier tang mane aku tak tau la,sebab baru nak kenal sekolah ni kekgi..tak kenal maka tak cinta.kan kan?*gedik
TAPI korang tahu tak smk ss ni dah menghasilkan jaguh jaguh bola sepak negara tau!
meh sini nak cerita,antara nya adalah:

Profil bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman yg mewakili Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru,,

NAMA: Mohd Muslim Ahmad
UMUR: 21 tahun
LAHIR: 25 April 1989 di Kuala Terengganu, Terengganu
TINGGI: 1.83 meter
POSISI: Pertahanan
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Ketua pasukan Harimau Muda A, mewakili pasukan bawah 19, 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior. Pernah dua kali beraksi menentang kelab gergasi Inggeris, Manchester United, dalam dua perlawanan persahabatan pada 2009. Pada 30 Mac 2010, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi peluang menjalani ujian pemilihan bersama kelab Slovakia, FC ViOn Zlaté Moravce ketika Harimau Muda A bermain dalam liga negara itu. Membantu negara mencipta sejarah layak ke pusingan kedua Sukan Asia baru-baru ini.

NAMA: Mohd Sharbinee Allawee Ramli
UMUR: 24 tahun
LAHIR: 12 Disember 1986 di Terengganu
TINGGI: 1.82 meter
POSISI: Penjaga gol
KELAB: Terengganu
PENCAPAIAN: Mewakili Terengganu sejak 2007 dan membantu Malaysia menjuarai pingat emas Sukan Sea Laos pada 2009

NAMA: Izzaq Faris Ramlan
UMUR: 20 tahun
LAHIR: 18 April 1990 di Kemaman, Terengganu
TINGGI: 1.86 meter
POSISI: Penyerang
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 16, 21 dan 23 tahun kebangsaan sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Pada 2009, pernah mewakili kelab T-Team FC. Turut berada dalam skuad Sukan Asia

NAMA: Mohd Faizal Muhammad
UMUR: 21 tahun
LAHIR: 3 Mac 1989 di Terengganu
TINGGI: 1.77 meter
POSISI: Pertahanan
KELAB: Harimau Muda A
PENCAPAIAN: Mewakili skuad bawah 21 dan 23 tahun sebelum diserap ke skuad senior pada Piala AFF Suzuki. Turut berada dalam skuad Sukan Asia.

tu belum termasuk nama besar lain seperti bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Syamsuri Mustaffa dan bekas penyerang negara, Abdul Manaf Mamat

***motif pom aku tak tahu kenapa dan aku curi dalam belog orang ni!hehehe

well well,bukan nak bangga sangat kan.ape lah nak dibangga kan sangat mende tuh*bangga la jugak dalam hati biar dok kaet pom,hahaha


jom sekarang,kite banggakan smk ss ngn result STPM lak...semangat nak belajar balik,sekolah balik,pakai uniform balik dah MEMBARA-BARA ni!muahahaha
nanti dah sekolah balik,nak belajar leklok,study rajin rajin,sume la.insyaallah.jangan hangat hangat tahik ayam sudah!



*lagu ni memang memberikan semangat buat aku!sayang mu BRUNO MARS. lirik die memang TERBAEK der!




life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

No comments: