Wednesday, December 21, 2011

Jae Jung (JJ) TVXQ curang?

eh korang sume kenal tak dengan Jae Jung atau Hero TVXQ?dolu dolu TVXQ sangat femes amos time mase zaman kegemilangan mereka digelar Kpop boyband,teenidol,Kpopstar la honey stars la macam macam dan mereka sangat la panas sepanas panasnya.tapi sekarang band TVXQ masih wujud tapi populariti band mereka semakin suam suam kuku kaki sebab band mereka dah berpecah retak hancur berkecai dan band TVXQ masih ade cuma bilangan ahli mereka tak cukup rasa kat korea tak jual maggi cukup rasa kot HAHA*fine tak lawak pom
kalu nak tambah info atau kot kot aku salah info korang tengok sini la TVXQ


motip aku hupdate belog malam ni aku nak bagitahu satu rahsia tentang si Jae Jung tu atau aku panggil JJ name manja die sebab.korang tahu die senyap senyap ade anak tau!
siap ade 2 anak lagi!
aik?kawen pom tak sebab kau tak jemput aku,jadi aku pom tak pasti kau dah kawen ke belum tup tup ada anak! tapi at least JJ jemputla aku.sampai hati kau tak jemput aku.
kau tak ingat ke aku bela kau,aku peluk kau,aku mandikan kau,aku cium kau malam malam,aku letak kau kat tepi aku atas katil kadang atas perot sebab nak bagitahu kat kau betapa aku SAYANG CINTA LOVE kat kau wahai Jae Jung!
tapi ape balasan kau bagi kat aku?pstttt jangan report kat Jakim tau.aku dah insap dah sekarang

last last kau bagi tahu kat dunia yang kau dah ade isteri plus 2 anak lagi.oh!tidak!
katakan tidak kepada rokok!kau tahu betapa siksa nya jiwa ragaku apabila melihat potret keluarga bahagia aman sentosa keluarga kamu.tapi photographer tu mmg ohsem sebab snap gamba korang cung sangat sangat!hmmm,korang tengok la sendiri


jeles much?selamat berbahagia korang



kenapa anak anak kau sume ade iras iras bini kau JJ,sume pink?mana baka kau?


end of the setory,i hope you always happy with your bini dan anak anak!tapi sekarang korang terpaksa berjauhan dengan mereka sebab mereka mereka ini berada di sinun.kau di sini bersama aku atas katil HAHA next year korang boleh la bermadu asmara bersama sama dan hasilkan ramai anak sampai satu bas yep!HAHA
aku senantiasa sayang kat kau JJ walau kau curang dengan aku dan walau kau dah ade bini dan anak anak yang tak berapa nak comel sebab emak die tak comel aku tak suka pink


*OH JJ!iloveyousoomuch till my last breath

omaigod!sebab kau asik buat muka macam ni aku tak sanggup tolak permintaan kau tiap tiap malam nak tido bersama HAHA.whattodo!

Monday, December 12, 2011

lelaki misteri

entri malam ni aku nak setory pasal mimpi aku semalam.bukan mimpi 18sx tau tapi mimpi misteri yang buat aku terpinga pinga siapa gerangan itu.aku tulis setakat yang aku dapat ingat je la ni sebab nama pom mimpi kan bukan macam drama petang-petang yang selalu korang tengok macam TENTANG DHIA *adi putra aku
satu dua tiga!action

aku dapat tiket konsert free ntah sape yang baek haty bagi.then aku pegy la kat konsert tu dengan peneman sorang tai aku tak sure sape yang teman aku.sampai sane terus cari entrance tapi aku tak pasti tempat tu dewan ke apa ke.then masuk tiba- tiba orang tengok aku macam pelik kot maybe sebab aku HOT kot HAHA.last last dapat tahu aku dapat tiket tu olok olok atau tiket palsu patot la orang tengok semacam sebab dalam tuh orang tengah maeng alat muzik ala ala okestra kot.aku tak pasti,tapi yang pasti orang tengah maeng alat alat muzik seperti piano*actually piano je aku ingat HAHA.Dan aku sempat menjeling kat pemain piano tuh,aku tengok muke die tapi aku tak ingat.aku pom decide nak balik dengan teman aku tibe- tiba Naufal kejar aku,die cakap bagytahu aku yang pemain piano nama die Hilmi kirim salam kat aku.tibe tibe Mutek kawan aku muncul dari kete dan bagytahu aku macam ni
'HILMI KATA,DIE SUKE TENGOK LESUNG PIPIT AKU'



Naufal watak dalam mimpi aku yang menjadi posmen kirim salam



Mutek yang tak sempat sempat bergegas kat aku semata - mata nak bagytahu
'HILMI KATA,DIE SUKE TENGOK LESUNG PIPIT AKU'
seriosly,aku suke ayat ni HAHA kasi pink skek tulisan



ntah macam mana ntah Mutek kenal Hilmi tu aku pom tak pasti.
dan yang paling lawak Mutek kuar kuar kete je terus terpa aku bagytahu tentang Hilmi tu dan yang kedua lawak aku taktau sejak bila aku bela lesung pipit.lesung batu kat umah ade la.HAHA
pastu aku pom tak pasti kesudahan mimpi tu macam mana sedar sedar je pukol 4 pagi dan aku pom sambung tido balik kot kot mane tahu mimpi tadi to be continue tetapi malangnya tidak!
sedar tak sedar pukol 9 pagi pulak.



maybe muke die iras macam Edward kot HAHA

Jadi,aku pom tak tahu siapa gerangan Hilmi tu dan motif mimpi aku dan aku masih terfikir - fikir mungkinkah Hilmi itu jondos aku!HAHA
ntah pape mimpi tu tapi best jugak kot
HILMI oh HILMI!
mimpi itu mainan tidur
sekian

Monday, November 28, 2011

perempuan

perempuan adalah entri pada malam yang seram sejuk ni.terengganu asyik hujan dan menyebabkan cik abang bantal dab cik abang katil duduk memanggil aku berterusan.
oke,time last last dah abis sekolah ari tu,aku ade buat lawatan sambil makan kerepek pisang dekat pantai belakang hostel bersama sama perempuan perempuan seperjuanganku*bajet



petang pergi pantai dengan menaiki kaki sendiri dengan memakai selipar jepon.jalan punya jalan punya jalan ternampak anjing 3 ekor.spoil gile kot,baru ingat nak pecah rekod azhar mansor redah lautan tapi kiteorang nak pecah rekod redah tepi pantai.then patah balik sambil kutip cengkerang cengkerang.pastu tengok gambo la jawabnye sebab aku dah lost memory nak tulis HAHA petanda semakin muda tu.



faezza yan asyik kuti cengkerang sebab nak bagi dekat CHIPSMORE



Time otw balik aku ternampak bende ni.haishhh,angkara manusia yang tidak sempat belajo tamadun manusia dalam sejarah!menurut matluthfi dari salah satu video dia, sampah sampah di lautan menyebabkan hidupan laut menyangkakan makanan mereka.Jadi,jangan buang sampah merata-rata



tapak kaki mistori!besau gile kot.jangan jangan tapak kaki NAEM hahaha.naem gurau je



perempuan perempuan seperjuangan FAEZZA dan NAJLA
aku harap next year korang still ade lagi.nak duduk dorm yang same ngan korang


Sunday, November 27, 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum.salam maal hijrah 1433 kepada sume umat islam.PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH.eh korang tahu tak Awal Muharram atau Maal Hijrah aku bukan nak tunjuk pandai cume nak berkongsi ilmu yang aku search dekat cikgu google ni je.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.Dan satu perkara lagi pada hari tesebut adalah hari CUTI UMUM bagi rakyat Malaysia

Jadi kita sebagai umat islam,sepatutnya dah setting azam baru kita pada awal tahun buang yang keruh keruh dolu dolu ambil yang jernih jernih untuk tahun baru,perbaiki diri untuk menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dan cuba tingkatkan prestasi serta kurangkan kontrobersi *tagline melodi dok starang.Tapi,aku rase majoriti termasuk aku anggap tahun baru apabila kite melangkah ke 1 JANUARY dan pada malam 31 Disember tunggu countdown dengan percikan percikan bunga api bagai.ITU SEMUA DUSTA BELAKA!itu semua kalu ikot orang puteh.
Oleh itu,sekarang jom kita tukar mindset kita.1 Muharram adalah merupakan tahun baru dalam islam.

satu lagi,mase dolu dolu time pakai kain warne blueblack kite sering nyanyikan lagu ni kan?

*bersemangat gile lagu ni.tapi hayati makna lagu ni pom lagi bagus

Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab
SALAM AWAL MUHARRAM

Saturday, November 26, 2011

classmate

pelik kan aku begitu rajin bebenor hupate belog kebelakangan ni.mungkin petanda petanda aku nak jadi beloger femes macam FL dan MARIA ELENA kot HAHA
aku just nak bagytahu nama klasmate aku dan tunjuk gambar kiteorang yang ohsem je.

first first dolu kelas aku ni ramai je macam taburan penduduk kategori padat tapi hari makin hari jadi sederhana padat last last jadi penduduk jarang.sume pindah dapat uitm,poli,spa dan sewaktu dengannya.tapi nasib baek sempat ambik gambar kelas ari tuh dan satu kebetulan lagi sume hadir hari tuh.


sorry gamba dok berapa nok berkualiti sebab aku guna kaedah x-ray

6BK2.2011.kushairi.amirul.kusolehin.fikri.azlan.khairuzzaman.safwan.siti.hani.nor.fatihah.fatinah.fadilah.muti'ah.asiyah.azia.asna.syukri.adam.izzudin.najwa.munirah.masnizam.dan selaku Cg Syed sebagai guru kelas yang ajar kiteorang Bahasa Melayu yang selalu denda jalan itik.berenang.cium papan hitam.dan suka tanya tanya dan sesiapa tidak berjaya menjawab akan diberikan otograph atas muka secara feree dan percuma



kandid!
It is not often that you have a classmate in life and you get to have a reunion out here


gembira dapat kenal dengan korang sume.semoga hidup masing masing berjaya di dunia dan di akhirat nanti.SELAMAT BERJAYA

***aku dah puas pujuk cg ibrahim yang takmboh bagi gambo original yang lebih berkualiti.haishh