Sunday, April 24, 2011

wanita adalah anugerah!

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang

tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari

Cuti ini bukan cuti suka hati

Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .

Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,

Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami

Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala

Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid

atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Alah akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,

Jadi dia pun memberi pahalanya kepada

suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan

isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan

diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik

dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya.

No comments: